Premium
Alumni Sang Nila Utama timbang sertai bidang koperasi
PSNU giat kumpul idea dan saranan bagi tujuan itu yang turut bertujuan manfaatkan masyarakat umum dan golongan yang memerlukan
Jan 2, 2017 | 5:30 AM
PERSATUAN Sang Nila Utama (PSNU) - alumni sekolah aliran Melayu pertama tersohor pada tahun 1960-an - berura-ura mahu menceburi bidang koperasi bagi menjana pendapatan untuk membiayai kegiatan demi manfaat para anggota dan masyarakat umum termasuk golongan yang memerlukan.
Untuk itu, persatuan yang diterajui jawatankuasa seramai 13 anggota, giat mengumpulkan idea mengenai bentuk koperasi, kegiatan perniagaan yang bakal dijalankan dan sumber dana bagi membiayainya.

