Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alunan qasidah Habib Hood dirindui

May 4, 2020 | 12:53 AM
ALUNAN QASIDAHNYA DIRINDUI: Munsyid atau pengalun syair qasidah yang disegani, Syed Hood Hussain Alhaddad yang lebih dikenali sebagai Habib Hood dikenali dalam kalangan jemaah Masjid Ba'alwie tatkala beliau menyampaikan irama qasidah selepas sesi ratib setiap Khamis.- Foto FACEBOOK MUHAMMAD FAIZAL
ALUNAN QASIDAHNYA DIRINDUI: Munsyid atau pengalun syair qasidah yang disegani, Syed Hood Hussain Alhaddad yang lebih dikenali sebagai Habib Hood dikenali dalam kalangan jemaah Masjid Ba'alwie tatkala beliau menyampaikan irama qasidah selepas sesi ratib setiap Khamis.- Foto FACEBOOK MUHAMMAD FAIZAL -

SALAM takziah dan himpunan doa mencurah-curah pada bulan Ramadan yang mulia kelihatan di media sosial buat keluarga alim dan munsyid setempat, Habib Hood Hussein Alhaddad.

Habib Hood yang nama sebenarnya, Syed Hood Hussain Alhaddad meninggal dunia pada usia 96 tahun pada awal pagi kelmarin (2 Mei).

Beliau dikenali ramai jemaah sebagai insan berilmu dan berhemah dalam mengalunkan syair qasidah penuh syahdu secara tetap di Masjid Ba'alwie selepas sesi ratib setiap Khamis.

Satu sesi tahlil buatnya telah dikendalikan menerusi aplikasi Zoom dalam talian pada 5 petang semalam oleh Imam Masjid Ba'alwie, Syed Hassan Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Habib Hassan.

Menurut Habib Hassan, Habib Hood dipercayai adalah antara kaum Arab keturunan Hadhrami kelahiran Hadhramaut yang terakhir berhijrah ke Singapura.

Cucunya, pereka fesyen, Cik Lulu Alhadad, menulis di Facebook:

"Wira saya, datuk yang disayangi, Habib Hood. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

"Moga Allah mengampuni dosanya dan mengasihaninya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman."

Ucapan takziah dari Berita Harian buat keluarga Allahyarham. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg