Amah dijel kerana palsukan tandatangan dan curi daripada majikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amah dijel kerana palsukan tandatangan dan curi daripada majikan

Mar 10, 2016 | 3:30 PM

Amah dijel kerana palsukan tandatangan dan curi daripada majikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

SEORANG pembantu rumah Filipina memalsukan tandatangan majikannya pada cek curi dan mencuri barang kemas bernilai $4,060 dari peti simpanan.

Mercylinah Misa Villajos, 34 tahun, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Khamis (10 Mac) selepas dia mengaku bersalah bagi dua tuduhan pemalsuan dan satu tuduhan mencuri daripada majikannya, Encik Chee Choe Yin, di apartmennya di Cambridge Road.

Lima pertuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Villajos menemui kunci peti simpannan dalam poket seluar majikannya pada November 2014 dan menyimpannya.

Dia kemudian menggunakannya dan mencuri lapan cincin dan rantai leher emas bernilai $4,060.

Pada Disember tahun itu, dia mengambil buku cek United Overseas Bank Encik Chee di atas meja makan dan mengeluarkan sembilan keping cek.

Pada 5 Disember, dia menulis perkataan 'CASH' (tunai) di ruang penerima serta jumlah $1,250 di atas sekeping cek. Dia menukarkan cek itu kepada wang tunai lapan hari kemudian. Villajos mendakwa dia menghantar wang itu kepada untuk saudara-maranya di Filipina.

Dia juga mengambil buku cek POSB Encik Chee, mengambil empat keping cek dan menulis jumlah $2,000 pada salah satu daripadanya.

Villajos meminta rakan menukarkan cek itu kepada wang tunai bagi pihak beliau pada 16 Disember .

Dia memulangkan hutangnya sebanyak $1,000 kepada rakannya dan mendakwa menghantar bakinya kepada saudara-mara di Filipina.

Pada kedua-dua kali itu dia memalsukan tandatangan Encik Chee, yang membuat laporan polis pada 6 Jan tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg