Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amah jadi buta akibat didera majikan rindu lihat senyuman cucu

Nov 1, 2022 | 5:30 AM
BUTA SELAMANYA: Cik Sugiyem, yang menjadi buta akibat didera majikan Singapuranya, Ummi Kalsum Ali, kini berpaut pada dinding di sekeliling rumahnya di Indonesia untuk menentukan di mana barangan diletak. - Foto ihsan SUGIYEM SAMAD RADIMAH
BUTA SELAMANYA: Cik Sugiyem, yang menjadi buta akibat didera majikan Singapuranya, Ummi Kalsum Ali, kini berpaut pada dinding di sekeliling rumahnya di Indonesia untuk menentukan di mana barangan diletak. - Foto ihsan SUGIYEM SAMAD RADIMAH -

PERKARA utama yang dikatakannya apabila ditanya mengenai dunianya yang menjadi gelap secara tiba-tiba, Cik Sugiyem Samad Radimah berkata yang beliau rindu melihat senyuman cucu lelakinya.

Cik Sugiyem, yang bekerja sebagai seorang pekerja domestik di sini, menjadi buta di kededua matanya selepas didera dan diseksa majikannya selama tempoh enam bulan pada 2020.

Telinga kirinya juga menjadi cacat akibat serangan yang dialaminya.

Bercakap kepada akhbar The Straits Times menerusi panggilan WhatsApp dari rumahnya di Semarang, Indonesia, Cik Sugiyem, 51 tahun, berkata:

"Saya rasa seperti sudah hilang harapan.

"Saya tidak dapat melihat dunia dan saya tidak dapat lihat senyuman anak lelaki dan cucu lelaki saya.

"Saya paling rindu dengan senyuman mereka."

Beliau merupakan seorang ibu tunggal apabila beliau ambil keputusan untuk tinggalkan keluarganya pada 2019 untuk bekerja di Singapura, agar dapat menyimpan wang mencukupi untuk memulakan sebuah kedai menjual barangan dapur di Semarang.

Beliau tidak pernah terfikir yang dirinya tidak akan dapat melihat wajah mereka lagi sekembalinya ke Indonesia.

Majikan warga Singapuranya, Ummi Kalsum Ali, 43 tahun, menumbuknya berulang kali, dan pada satu ketika, menggunakan penyangkut baju untuk memukul matanya.

Dia dipenjara 10 tahun dan didenda $4,500 pada 25 Oktober lalu selepas mengaku bersalah atas enam tuduhan, termasuk menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja kepada seorang pembantu rumah.

Menyingkap penderaan yang mengerikan itu, Cik Sugiyem berkata:

"Sememangnya ia satu seksaan.

"Apabila ia berlaku, apa yang hanya saya fikirkan adalah sekiranya saya akan hidup untuk melalui semuanya.

"Apabila saya menjadi buta di sebelah mata kanan, saya bertanya majikan saya jika dia boleh menghubungi agensi pembantu rumah agar saya boleh pulang.

"Dia enggan dan beritahu saya yang dia ingin saya merana sepanjang hidup."

Telefon bimbit Cik Sugiyem dirampas dan dia tidak dapat mendapatkan bantuan memandangkan majikannya tidak benarkan dia tinggalkan flat itu.

"Saya tidak dapat lakukan apa-apa. Tidak berdaya dan terdesak lalu saya bekerja setiap hari saja.

"Saya terpaksa berpegang pada lantai dan dinding untuk bergerak kerana tidak dapat melihat," ceritanya.

Beliau, yang kini membiasakan dengan keadaannya, kini berpaut pada dinding di sekeliling rumahnya untuk menentukan di mana barangannya diletak.

Meskipun beliau lega kerana kes itu telah selesai, namun Cik Sugiyem tidak dapat membuka kedai seperti yang diinginkannya.

"Masa lalu tidak dapat diubah, jadi saya terpaksa menerima hakikatnya," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg