DI bawah antara amalan baik bagi mata:

• Pastikan jarak bahan bacaan sekurang-kurangnya 30 sentimeter dari mata anda dan cuba baca dalam kedudukan menegak dan bukan berbaring.

• Pastikan jarak skrin komputer 50 sentimeter dari mata anda, dan sesuaikannya untuk mengurangkan silau.

• Pastikan jarak televisyen sekurang-kurangnya 2 meter jauh.

• Berehat daripada membaca, menonton televisyen atau menggunakan komputer setiap 30 hingga 40 minit. Lihat melewati tingkap pada objek jauh dan lakukan senaman mata untuk merehatkan mata.

• Libatkan diri dalam lebih banyak kegiatan luar dan pastikan kegiatan dalaman dilakukan dalam cahaya yang mencukupi.