Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amanat Hari Raya disampaikan 9 April dari Masjid Hajjah Fatimah

Apr 6, 2024 | 2:24 PM
Amanat Hari Raya 2024 akan disampaikan di Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di Masjid Hajjah Fatimah pada 9 April.
Amanat Hari Raya 2024 akan disampaikan di Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di Masjid Hajjah Fatimah pada 9 April. -

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menyampaikan Amanat Hari Raya di Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road pada 9 April.

Menulis di media sosial, Encik Masagos berkata:

“Saya akan mengongsikan aspirasi bagi masyarakat Melayu/Islam kita untuk menyumbang dan menyemarakkan semula semangat ‘wakaf’.”

Siaran Amanat Hari Raya itu akan ditayangkan di Suria pada 8 malam, 9 April.

Dalam terbitan media sosial yang bersifat ‘teka-teki’ itu, Encik Masagos berkata beliau akan menyampaikan Amanat Hari Raya di salah sebuah Monumen Negara, tetapi meminta pengguna media sosial meneka nama monumen itu. 

Beliau juga menerbitkan gambar Masjid Hajjah Fatimah dan memberi pembayang monumen itu “dinamakan sempena seorang ahli perniagaan wanita yang bersifat dermawan dan telah mewakafkan tanah rumahnya untuk membina masjid”.

Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), yang kali pertama diumumkan pada Jun 2020,  dijangka mula menerima sumbangan awam pada 2024. 

Ini selepas pindaan ke atas Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) diluluskan Parlimen pada Februari 2024,  membolehkan pembentukan wakaf tersebut.

WMS bertujuan membiayai keperluan masa depan masyarakat dan institusi Islam Singapura dengan cara yang mampan.

Bercakap di parlimen pada 6 Mac, Encik Masagos berkata lebih $3.6 juta dalam bentuk ikrar derma untuk WMS telah diterima daripada individu dan pelaburan masjid sejak 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg