Topik diikuti
Pergi ke BHkuAmbil, jangan beli haiwan peliharaan sebagai tanda ihsan
2 AP sokong usaha 'Hope for Animal' anjur pengambilan haiwan peliharaan dalam talian
1 of 2
Oct 23, 2020 | 5:30 AM
Ambil, jangan beli haiwan peliharaan sebagai tanda ihsan
WALAUPUN ketika pandemik Covid-19, pengambilan haiwan masih dibolehkan melalui sesi dalam talian yang dikendalikan oleh pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (NPO), Hope for Animals.
Sesi yang disiarkan secara langsung setiap dua minggu pada hari Ahad di Facebook Hope For Animals, pada 2 hingga 3.30 petang, akan memaparkan beberapa anjing dan kucing yang mencari rumah dan keluarga baru.