Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amerika salah tulis Singapura sebahagian Malaysia

Jun 13, 2018 | 12:17 PM
SALAH TULIS: Kesilapan itu dibuat dalam transkrip taklimat yang disampaikan Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo, pada 11 Jun dan kemudian dibetulkan.
SALAH TULIS: Kesilapan itu dibuat dalam transkrip taklimat yang disampaikan Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo, pada 11 Jun dan kemudian dibetulkan. - Foto TWITTER/BRIOS_BRXV

JABATAN Negara Amerika Syarikat membuat kesilapan dengan menyatakan bahawa Singapura merupakan sebahagian Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung sidang puncak Trump-Kim semalam (12 Jun).

Presiden Amerika, Encik Donald Trump, dan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, telah bertemu buat kali pertama di Hotel Capella di Sentosa semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jabatan Negara itu, namun kemudian dibetulkan selepas ia mula tular di media sosial.

Bagaimanapun, ia tetap mengundang kecaman daripada pengguna media sosial yang menyuarakan rasa kesal mereka.

Dalam transkrip taklimat yang disampaikan Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo, kelmarin itu, ia menyatakan bahawa taklimat itu diadakan di "JW Marriott, Singapore, Malaysia".

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @BrioS-BRxV berkata: "Jabatan Negara Amerika masih fikir Singapura terletak di Malaysia."

Seorang lagi pengguna @boblskee pula berkata:

"Trump merancang untuk membantu menganjurkan sidang puncak bagi penyatuan Malaysia-Singapura tidak lama lagi?"

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg