Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AMP, BH lancar buku papar 50 detik penting masyarakat Melayu

NUR ADILAH MAHBOB
Dec 7, 2015 | 5:56 PM
Gambar MOHD TAUFIK A KADER
Gambar MOHD TAUFIK A KADER -

SEBUAH buku yang merakamkan pencapaian masyarakat Melayu/Islam sejak kemerdekaan Singapura telah dilancarkan Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan akhbar Berita Harian hari ini.

Buku bertajuk '50 Defining Moments for the Malay/Muslim Community' (50 Detik Penting bagi Masyarakat Melayu/Islam) dihasilkan sempena sambutan jubli emas Singapura (SG50).

Buku dalam bahasa Inggeris setebal 122 muka surat itu menyorot 50 peristiwa penting yang bukan sahaja memaparkan individu atau pertubuhan cemerlang dalam pelbagai bidang, bahkan sumbangan mereka kepada negara sepanjang 50 tahun lalu.

Antaranya termasuk pelantikan Encik Yusof Ishak sebagai Presiden Singapura pertama pada 1965, kemasukan pemain pertama Singapura Fandi Ahmad dalam liga bola sepak utama Eropah pada 1983, hingga pelantikan Cik Halimah Yacob sebagai Speaker Parlimen wanita pertama pada 2013.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg