SPH Logo mobile
Langgan|

AMP lantik tiga Pengarah Tambahan baru

AMP lantik tiga Pengarah Tambahan baru

Dec 8, 2018 | 8:03 PM

AMP lantik tiga Pengarah Tambahan baru

PELANTIKAN BARU: AMP telah melantik tiga Pengarah Tambahan - (dari kiri) Encik Fathurrahman, Encik Khairulnizam dan Encik Muhammad Tarmizi - menyertai lembaga pengarahnya.
PELANTIKAN BARU: AMP telah melantik tiga Pengarah Tambahan - (dari kiri) Encik Fathurrahman, Encik Khairulnizam dan Encik Muhammad Tarmizi - menyertai lembaga pengarahnya. - Foto FACEBOOK / AMP

ANGKATAN Karyawan Islam (AMP) telah melantik tiga Pengarah Tambahan untuk menyertai lembaga pengarahnya (BOD) pagi tadi (Sabtu, 8 Nov).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan BOD AMP sebanyak 13 anggota.

Tiga Pengarah Tambahan baru tersebut ialah Encik Fathurrahman Hj M Dawoed, 41 tahun, Pengarah Eksekutif Andalus Corporation Pte Ltd; Encik Khairulnizam Massuan, 44 tahun, Presiden Kelab Palang Merah (North East); dan Encik Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, 35 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Safinah Holdings Pte Ltd.

Ketiga-tiga mereka mempunyai pengalaman, latar belakang dan kemahiran berbeza dalam kepimpinan kemasyarakatan serta pembangunan sosial.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Encik Abdul Hamid Abdullah, Pengerusi AMP Group, semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) AMP yang ke-27.

"Dengan pencapaian dan latar belakang kepimpinan mereka dalam bidang masing-masing, saya tidak sabar mendengar perspektif baru dan rencam mereka yang boleh memperkaya perbincangan lembaga kami serta dalam pembangunan strategi kami untuk berkhidmat kepada masyarakat," ujar Encik Abdul Hamid.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg