Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AMP mohon dana bantu benefisiari

Sekitar $700,000 daripada sasaran $1.5j dikumpulkan sehingga 3 April
Apr 6, 2024 | 1:43 PM
AMP menjalankan beberapa program untuk membantu keluarga susah, pelajar dan bekas pesalah.
AMP menjalankan beberapa program untuk membantu keluarga susah, pelajar dan bekas pesalah. - Foto BH

AMP Singapura sedang memohon kepada masyarakat untuk menderma kepadanya demi menyokong program bantuan untuk keluarga berpendapatan rendah, pelajar, belia, pesalah dadah dan orang yang dibelenggu hutang. 

Sehingga 3 April, ia telah mengumpulkan sekitar $700,000 daripada sasaran $1.5 juta, kata AMP dalam satu kenyataan.

Pengerusi AMP, Encik Fathurrahman Dawoed berkata: 

“Kami bergantung pada budi baik dan sifat murah hati masyarakat untuk membolehkan kami terus memberi kesan terhadap masyarakat menerusia program dan khidmat kami.”

Ada tiga cara untuk mereka yang ingin menyumbang bantuan bersama AMP.

Ini termasuk memberi sokongan kewangan kepada keluarga yang memerlukan menerusi program Skim Keluarga Angkat dan Belia (AFYS); membayar zakat harta kepada AMP; menderma kepada AMP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg