Premium
Amrin bakal sertai dua firma teknologi
Mantan Setiausaha Parlimen Kanan itu melihat prospek dalam sektor teknologi, mahu perluas potensi dan bina pengalaman
Sep 7, 2020 | 5:30 AM
CEBURI SEKTOR TEKNOLOGI: Mantan Anggota Parlimen Encik Amrin Amin akan memegang jawatan di dua firma tempatan, Platform for Bots and Automation (PBA) dan ADERA Global, susulan pengunduran dari pemerintah selepas pilihan raya umum baru-baru ini. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
MANTAN pemegang jawatan politik dan Anggota Parlimen (AP) Amrin Amin telah beralih ke sektor teknologi dan akan memegang jawatan di dua firma tempatan menyusuli pengunduran daripada pemerintah selepas pilihan raya umum baru-baru ini.
Encik Amrin, 42 tahun, dilantik pengarah strategi di firma robotik dan automasi Platform for Bots and Automation (PBA).

