Amrin sertai sambutan raya bersama pesakit barah
Jun 30, 2018 | 4:42 PM
BERAYA BERSAMA: Encik Amrin bersama bekas pesakit barah buah dada, Cik Kamsiah Jupri (bertudung ungu) dan pekerja perubatan sosial, Cik Ernalisah Mohd Subhi (paling kiri) menjamu selera di perjumpaan Hari Raya di NCCS pada 30 Jun 2018. - Foto NUR FATHIN AWALLUDIN
LEBIH 40 pesakit barah menyambut Hari Raya bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan) Encik Amrin Amin hari ini (30 Jun).
Encik Amrin hadir bagi perjumpaan Hari Raya yang diadakan di Pusat Barah Kebangsaan Singapura (NCCS) itu.
Beliau sempat mendengar perkongsian para peserta Sinar Harapan sebelum mereka menikmati juadah Raya seperti lontong.
Sinar Harapan merupakan kumpulan sokongan pesakit barah Melayu di NCCS.

