Premium
Amy Khor: Sikit-sikit orak langkah hidup sihat
Dec 4, 2017 | 5:30 AM

LIGAT BERGERAK: Dr Khor (baju biru, depan) mengikuti dalam sesi senaman anjuran Jawatankuasa Eksekutif Wanita CC Hong Kah North semalam. Acara turut memperkenal kalendar khas usaha LadiesFirst, yang mahu memperkasa wanita memilih arah mengamalkan gaya hidup sihat. - Foto BH oleh JONATHAN CHOO -
MULAKAN gaya hidup sihat dengan mengorak langkah kecil seperti bersenam secara lebih kerap, menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan sebarang masalah kesihatan lebih awal dan memantau pemakanan.
Itulah teras acara di Kelab Masyarakat Hong Kah North semalam, di mana penduduk menyertai Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air) Dr Amy Khor dalam sesi senaman dan tunjuk cara memasak.

