Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Anak-anak lebih seronok belajar Matematik sambil bermain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak-anak lebih seronok belajar Matematik sambil bermain

Dec 31, 2023 | 05:30 AM



Kaedah belajar sambil bermain merupakan antara teknik pembelajaran berkesan yang diterapkan dalam KelasMateMatika (KMM), sebuah program Matematik di bawah pengawasan Yayasan Mendaki.

KMM bertujuan meningkatkan perkembangan kemahiran numerasi anak-anak dan memperkasa ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah berusia empat tahun hingga enam tahun dengan Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) supaya mereka lebih yakin melibatkan anak-anak dalam pembelajaran konsep asas numerasi.

Tidak ketinggalan menyertai KMM, Cik Nur Rasilah Idris, 42 tahun, berkata strategi pembelajaran interaktif tersebut telah membina keyakinan beliau dalam membantu anak-anaknya, Nur Alesya Mohammad Fauzy, lapan tahun, dan Nur Zafirah Mohammad Fauzy, enam tahun, dalam menguasai subjek Matematik.

Pada tahun 2019, Cik Nur Rasilah menghadiri sesi KMM di Ace The Place bersama anak perempuan pertamanya, Nur Alesya, yang berusia empat tahun ketika itu.

Kemudian, beliau menyertai KMM dalam talian (eKMM) pada tahun 2022 bersama anak perempuan keduanya pula, Nur Zafirah, yang berusia lima tahun waktu tersebut. 

KAEDAH PEMBELAJARAN
BERKESAN


Cik Nur Rasilah yang menyatakan kaedah pembelajaran KMM sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan Matematik anak-anaknya, turut memuji keberkesanan fasilitator dalam menyampaikan teknik dan konsep sepanjang pembelajaran.

Tambah beliau: “Alhamdulillah, pengajaran KMM sangat berkesan. Pada tempoh usia ini, anak-anak masih berada dalam fasa bermain dan meneroka. 

“Oleh itu, anak-anak perempuan saya sangat menyukai pendekatan KMM yang memupuk kreativiti mereka melalui pembelajaran berasaskan permainan. Justeru, kaedah yang diperkenalkan akan mengurangkan tekanan kepada anak-anak semasa belajar. 

“Guru-guru juga berpengalaman mengajar dan mendidik dengan cara tersendiri.

“Apa yang lebih mengujakan, teknik pembelajaran yang diperkenalkan sangat bagus seperti cara mengira dengan melukis, mengira dengan tangan, mengira dengan batang ais krim dan membaca sifir sambil menyanyi. 

“Contohnya, kegiatan pendaraban disertakan dengan nyanyian lagu bertemakan melodi ‘selamat hari jadi’, menjadikan pembelajaran lebih santai. Ia meningkatkan pemahaman anak-anak saya tentang cara pengiraan dan penghafalan yang lebih mudah.”

IMPAK YANG POSITIF


Dengan kewujudan program KMM, Nur Alesya tidak memerlukan sokongan pembelajaran tambahan selepas pendaftaran Darjah 1 (P1) pada tahun 2022, yang menunjukkan kesediaannya memasuki alam sekolah rendah.

Sejurus tamat pengajian KMM, Nur Zafirah pula meraih manfaat daripada Skim Tokokan Akaun Pembangunan Anak (CDA), yang juga baru diperkenalkan pada tahun 2022. 

Keluarga itu turut mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan pasca KMM sepanjang beberapa tahun dan memanfaatkan skim pinjaman komputer riba untuk menghadiri sesi pembelajaran eKMM.

Melihat kepada impak positif terhadap anak-anaknya, Cik Nur Rasilah turut melahirkan rasa puas hati beliau terhadap kebaikan KMM.

“Kedua-dua anak saya menunjukkan reaksi positif selepas menyertai KMM.

“Mereka sangat gembira dengan bantuan dan latihan yang diberi dalam memahami subjek Matematik secara sistematik,’‘ kata Cik Nur Rasilah. 

Program KMM turut mengeratkan hubungan keluarga Cik Nur Rasilah bersama anak-anaknya, dan membolehkan mereka berkongsi pendapat dan perasaan dengan lebih baik.

Malah, beliau juga kini lebih peka apabila berinteraksi dengan guru-guru anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >