Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak kapal warga S’pura jatuh dari kapal, hilang di perairan Amerika

Jun 21, 2023 | 10:35 PM
NAHAS KAPAL: Encik Muhammad Furqan Mohamed Rashid yang berkhidmat sebagai pegawai kedua dalam kapal African Cardinal difahamkan sedang belayar di Selat Santa Barbara dekat California, Amerika, sekitar 8 malam (waktu Singapura), Selasa, apabila beliau terjatuh dari kapal tersebut.
NAHAS KAPAL: Encik Muhammad Furqan Mohamed Rashid yang berkhidmat sebagai pegawai kedua dalam kapal African Cardinal difahamkan sedang belayar di Selat Santa Barbara dekat California, Amerika, sekitar 8 malam (waktu Singapura), Selasa, apabila beliau terjatuh dari kapal tersebut. - Foto Facebook / Muhammad Fariz

Seorang lelaki warga Singapura berusia 25 tahun kini hilang selepas terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal semasa bertugas di Amerika Syarikat pada Selasa.

Encik Muhammad Furqan Mohamed Rashid yang berkhidmat sebagai pegawai kedua dalam kapal African Cardinal semasa kejadian itu difahamkan sedang belayar di Selat Santa Barbara dekat California sekitar 8 malam (waktu Singapura), Selasa.

Ketika dihubungi Berita Harian, abangnya, Encik Fathul Islam Mohamed Rashid, 27 tahun, berkata majikan adiknya, iaitu APEX Ship Management, menghubungi bapanya untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar 6.30 pagi Rabu.

Menurutnya, mereka diberitahu oleh syarikat itu bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan selepas adiknya terjatuh dari kapal dan antara lain melibatkan dua helikopter serta bot penyelamat.

Namun, usaha itu masih belum berhasil.

Encik Furqan, anak bongsu daripada keluarga lima beradik, seorang lulusan diploma dalam pengajian nautika dan sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai bomba marin bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa.

“Adik saya seorang yang jujur ​​dan ikhlas dalam pekerjaannya.

“Kami mendoakan keselamatannya dan berharap operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan,” ujar Encik Fathul.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg