Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak mangsa nahas Lucky Plaza: "Kami tidak boleh hidup tanpamu ibu"

Dec 31, 2019 | 12:14 PM
TERKEJUT: Encik Jhef Umoquit Leste berkata pemergian ibunya, Cik Abigail Danao Leste, mengejutkan keluarganya.
TERKEJUT: Encik Jhef Umoquit Leste berkata pemergian ibunya, Cik Abigail Danao Leste, mengejutkan keluarganya. - Foto JHEF UMOQUIT LESTE/FACEBOOK

ANAK lelaki salah seorang daripada pembantu rumah Filipina yang maut akibat nahas di Lucky Plaza kelmarin (29 Disember) telah meluahkan rasa sedihnya di laman Facebook.

Menurut Encik Jhef Umoquit Leste, pemergian ibunya, Cik Abigail Danao Leste, 41 tahun, mengejutkan keluarganya.

"Ma, apa yang harus kami lakukan sekarang? Kamu telefon kami semalam... dan kemudian ini berlaku," ujarnya menerusi laman Facebook beliau semalam.

Cik Leste telah bekerja di luar negara selama 14 tahun.

Menurut Encik Leste, beliau juga mempunyai seorang adik dan beliau sangat menginginkan mereka bersatu semula dengan ibu mereka dan menyambut Tahun Baru bersama.

Adik-beradik itu tidak berjumpa dengan ibu mereka sejak 2016.

Cik Leste merupakan antara enam pembantu rumah Filipina yang dilanggar sebuah kereta dekat Lucky Plaza kelmarin.

Nahas itu turut meragut nyawa seorang lagi pembantu rumah, Cik Arlyn Nucos, 50 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg