Topik diikuti
Pergi ke BHkuUSAHA tangga kejayaan.
Bagi Cik Tiara M Hamarian, 24 tahun; Cik Siti Nur Atiqah Abdul Hadi, 25 tahun; Encik Muhammad Farouq Azizan, 26 tahun; dan Encik Muhammad Hariz Husaini, 25 tahun, berkat usaha dan kerja keras yang mereka lakukan, mereka berjaya merai keputusan cemerlang dalam jurusan masing-masing di universiti.
Mereka merupakan antara 9,755 siswazah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang bakal menerima ijazah mereka dalam majlis Konvokesyen NTU 2018 yang berlangsung hari ini (24 Julai) hingga 2 Ogos.
Dalam pada itu, pada majlis pertama Konvokesyen NTU 2018 yang berlangsung tadi, Mantan Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam telah diberi penghormatan tertinggi NTU dalam bentuk ijazah kedoktoran kehormat yang disampaikan Presiden Singapura Halimah Yacob.
Puan Halimah juga merupakan Chanselor NTU.
Dalam ucapan beliau kepada para hadirin, Dr Tan Dr Tan turut mengingatkan graduan bahawa pendidikan mereka tidak berakhir sebaik sahaja mereka menggenggam ijazah. Kata beliau:
"Meraih ijazah anda tidak menamatkan perjalanan pendidikan anda.
"Ia satu pencapaian penting, tetapi juga hanya satu daripada banyak pencapaian penting lain dalam pembelajaran sepanjang hayat yang merentas disiplin.
"Pendidikan dan pembelajaran haruslah sepanjang hayat. Anda harus sentiasa mempertingkat dan memperdalam kemahiran anda untuk kekal relevan dan boleh terus bekerja dalam dunia yang pesat berubah ini."