Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak muda pejuang warisan

Nov 23, 2021 | 5:30 AM
'TEMAN WARISAN': (Dari kiri) Cik Anis, Cik Liyana dan Encik Muhammad Hafiz merupakan 'Teman Warisan' yang dilantik oleh MHF baru-baru ini. - Foto BH oleh KHALID BABA
'TEMAN WARISAN': (Dari kiri) Cik Anis, Cik Liyana dan Encik Muhammad Hafiz merupakan 'Teman Warisan' yang dilantik oleh MHF baru-baru ini. - Foto BH oleh KHALID BABA -

YAYASAN Warisan Melayu (MHF) telah melantik tiga anak muda sebagai Teman Warisan dengan harapan dapat memberi dorongan kepada lebih ramai di kalangan mereka memperjuang warisan budaya Melayu.

Buat julung-julung kali, MHF melancarkan Hari Warisan, satu daya usaha baru untuk menghargai sumbangan seniman dan budayawan Melayu baru-baru ini.

Acara khas itu juga bertujuan mempermudah perkongsian pengetahuan antara generasi dan menggalakkan lebih ramai aktivis muda tampil menyumbang idea.

Teman Warisan yang dilantik merupakan individu yang berusia 35 tahun ke bawah, aktif dalam bidang budaya dan warisan, serta mempamerkan potensi kepimpinan.

Selain daripada Liyana Nasyita Shukarman, terdapat dua lagi orang individu yang dilantik - Encik Muhammad Hafiz Rashid, 27 tahun, seorang sukarelawan di Taman Warisan Melayu (MHC) yang sering dilihat di MHC berpakaian tradisional Jawa, lengkap dengan blangkon dan keris, atau Baju Melayu, ramai yang mengunjungi tempat itu menganggapnya sebagai 'maskot hidup' MHC manakala seorang lagi adalah ahli kumpulan muzik tradisional Melayu, Orkes Sri Temasek serta kumpulan muzik Melayu tradisional dan kontemporari, Alto Aura, Cik Anis Qurratu'aini Azman, 31 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg