ANAK perempuan pengasas syarikat penjual jam mewah The Hour Glass, Audrey Tay, menghadapi tuduhan berhubung kesalahan dadah.
Perbicaraan kesnya dijadual bermula di Mahkamah Negara minggu depan.
Menurut akhbar The Straits Times, Tay, 45 tahun, yang merupakan seorang konsultan perhubungan awam, menghadapi dua set tuduhan.
Salah satu daripadanya melibatkan kesalahan yang didakwa dilakukannya pada Ogos 2015.
Tuduhan itu melibatkan penyalahgunaan dadah ketamine dan methamphetamine.
Satu lagi set tuduhan melibatkan empat kesalahan berhubung penyalahgunaan dadah pada Oktober tahun lalu.
Tay menghadapi sembilan tuduhan secara keseluruhan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg