Premium
Anak seni bersemangat gemakan muzik tradisional Melayu
Nov 12, 2018 | 5:30 AM
JADI INSPIRASI: Cik Syafiqah 'Adha Mohamed Sallehin, graduan Melayu pertama Konservatori Muzik Yong Siew Toh (YSTCM) di Universiti Nasional Singapura (NUS) menerima Anugerah Jauhari Inspirasi tahun ini. Beliau mahu terus menaikkan lagi muzik Melayu tradisional di Singapura dan memupuk bakat-bakat baru yang ada. - Foto BH oleh SYAZA NISRINA -
Sempena ulang tahun ke-20 Anugerah Jauhari Berita Harian (BH), dua penerima Anugerah Jauhari Inspirasi turut disanjung. Anugerah tersebut mengiktiraf kisah-kisah penuh inspirasi anak muda yang telah menyentuh sanubari pembaca BH dengan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing meskipun perlu menempuh pelbagai dugaan. Ikuti laporan wartawan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) mengenai penerima Anugerah Jauhari Inspirasi tahun ini - Cik Kartika Asman dan Cik Syafiqah 'Adha Mohamed Sallehin.
MUZIK sudah merupakan darah dagingnya sejak beliau kecil lagi.

