Topic followed successfully
Go to BHkuAneka acara disaji dalam Festival Digital Sepanjang Hayat
Aneka acara disaji dalam Festival Digital Sepanjang Hayat
Aneka acara disaji dalam Festival Digital Sepanjang Hayat
PENDIGITALAN secara berperingkat-peringkat telah menjadi cara hidup.
Daripada pendidikan, kewangan, dan perubatan hingga ke muzik, permainan dan membeli-belah, digital menghubungkan kita dengan banyak perkara dan memperkayakan kehidupan.
Acara teknologi Festival Digital Sepanjang Hayat (Digital for Life Festival) yang pertama kali akan dilancarkan pada hujung minggu ini, bertujuan untuk mengumpulkan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat di sini agar mempelajari, meneroka dan memainkan peranan dengan teknologi.
Dianjurkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), festival ini terbuka kepada orang ramai yang boleh mengharapkan untuk menikmati aktiviti interaktif percuma melalui sesi penstriman langsung, webinar dan bengkel.
Antara jenama popular menyertai pesta ini termasuk Google, Netflix, NTUC Fairprice, Kumpulan LEGO dan TikTok.
Orang ramai dapat meneroka Singapura dengan realiti tambahan (AR) dan realiti maya (VR) bersama LDR.
Dengan menggunakan aplikasi IPLUS Locomole, peserta dapat meneroka tempat-tempat menarik di Singapura dan mempelajari tentang sejarah tempat tersebut dengan realiti maya.
Selain itu, ibu bapa dan kanak-kanak juga dapat meneroka dan ketahui lebih lanjut tentang keselamatan dan kesejahteraan dalam dunia digital melalui permainan.
Dalam satu aktiviti interaktif, 'Doom the Gloom' oleh Kumpulan Lego, kanak-kanak dapat menyertai skuad Captain Safety dan wira-wira lain untuk mengalahkan kesuraman.
Kesuraman ini akan muncul memandangkan bagaimana kita melayani satu sama lain, atau daripada orang jahat dan penipu dalam talian.
Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran menghilangkan kesuraman melalui video dan permainan yang interaktif.
Remaja daripada sekolah menengah dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang akan menamatkan pengajian mereka di sekolah pula boleh memanfaatkan satu bengkel untuk membina portfolio dalam talian mereka sendiri.
Youth x Workshop: Edisi Portfolio oleh Belia Siber Singapura (CYS) dan Kumpulan Exabytes ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran asas pembangunan web melalui WordPress.
Melalui bengkel ini, peserta dapat membina portfolio laman web mereka sendiri yang dapat digunakan untuk program Latihan Kemasukan Awal (EAE).
Selain itu, peserta juga akan pelajari tentang asas HTML dan CSSuntuk struktur halaman dan gaya maklumat untuk membina laman web itu.
Golongan warga emas juga tidak ketinggalan daripada festival ini.
NTUC Learning Hub akan mengadakan satu bengkel yang bertajuk "Membuat Video Pendek Berimpak Tinggi untuk Media Sosial", supaya peserta juga dapat menyediakan video menarik dan unik.
Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari tentang aplikasi 'Clips' dan bagaimana ia boleh digunakan dengan mudah untuk mencipta video yang mempunyai jalan cerita yang bagus dan kesan yang baik.
Festival Digital Sepanjang Hayat ini akan berlangsung pada 21 Mei hingga 29 Mei 2022.
Untuk maklumat lebih lanjut, lungsuri http://go.gov.sg/digitalforlifefestival2022
FESTIVAL DIGITAL SEPANJANG HAYAT
1. Doom the Gloom oleh Kumpulan LEGO Tarikh: 21-22 Mei Di mana: Pusat Konvensyen Suntec Tarikh: 28-29 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok, Masa: 10 pagi - 7 malam
2. Taman Keselamatan Dalam Talian Google Tarikh: 21-22 Mei Di mana: Pusat Konvensyen Suntec Tarikh: 28-29 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok, Masa: 10 pagi - 7 malam
3. Bagaimana untuk menjadi Keluarga Selamat Siber oleh Cyberlite Books dan Palo Alto Networks Tarikh: 28-29 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok, Masa: 10 - 11 pagi
4. 'Let's Talk Gaming' oleh Project Get Flamed! Tarikh: 21-22 Mei Di mana: Pusat Konvensyen Suntec Masa: 4 - 5.30 petang
5. Perbincangan bersama TikTok 'Youth for Good' Tarikh: 21-22 Mei Di mana: Pusat Konvensyen Suntec Tarikh: 28-29 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok, Masa: 11.30 pagi - 12.30 tengah hari
6. Youth x Workshop: Edisi Portfolio oleh Belia Siber Singapura (CYS) dan Kumpulan Exabytes Tarikh: 21-22 Mei Di mana: Pusat Konvensyen Suntec Tarikh: 28-29 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok, Masa: 10 pagi - 7 malam
7. E-bayaran dengan aplikasi FairPrice Tarikh: 28-29 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok Masa: 10 pagi - 7 malam Tarikh: 29 Mei Di mana: Enabling Village Masa: 10 pagi - 6 petang
8. Membuat Video pendek Berimpak Tinggi untuk Media Sosial oleh NTUC Learning Hub Tarikh: 23-24 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok, Masa: 11 pagi dan 2 petang
9. Teroka Singapura dengan realiti tambahan (AR) dan realiti maya (VR) bersama LDR Tarikh: 21-22 Mei Di mana: Pusat Konvensyen Suntec Tarikh: 28-29 Mei Di mana: Heartbeat@Bedok, Masa: 10 pagi - 7 malam

