KOMEN sinis seperti beliau 'sarong party girl' atau wanita yang suka mat salleh, biasa didengar Cik Noraihan Mohamed Noor, setiap kali beliau berjalan bersama suaminya, Encik David Adam White.

Encik White pula, yang berasal dari Australia, terpaksa memperbetulkan salah tanggapan keluarganya tentang Islam, apabila beliau memeluk Islam dan mendirikan rumah tangga dengan Cik Noraihan.