Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anggota Asean perlu kerjasama rapat tangani jenayah rentas negara: Faishal

Jenayah siber berterusan, lebih daripada separuh jumlah jenayah dilapor di Singapura sejak wabak Covid-19
Sep 22, 2022 | 5:30 AM
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. -

NEGARA-NEGARA anggota Asean perlu bekerjasama rapat untuk menangani ancaman jenayah siber, keganasan dan pengedaran dadah haram.

Berucap dalam sidang pleno Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata AMMTC adalah platform penting bagi komuniti Asean mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi serantau dan antarabangsa, untuk menangani jenayah rentas negara dan memastikan rantau yang lebih selamat untuk rakyat kita.

"Adalah penting bagi komuniti Asean mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi serantau dan antarabangsa, untuk menangani jenayah rentas negara dan memastikan ia lebih selamat untuk rakyat kita," kata beliau.

Memberikan perinciannya, Dr Faishal menambah, sejak wabak Covid- 19, jenayah siber berterusan dan ia membentuk lebih separuh jumlah jenayah yang dilaporkan di Singapura.

Kira-kira 24,000 kes penipuan telah dilaporkan Singapura pada 2021, peningkatan 53 peratus daripada 2020.

Mangsa kehilangan lebih daripada $630 juta akibat penipuan pada 2021. Ia dua kali ganda daripada jumlah wang yang hilang akibat penipuan pada tahun sebelumnya.

Pada bulan Julai dan Ogos tahun ini, pihak Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama untuk menangkap 13 individu daripada sindiket transnasional yang menyasarkan mangsa dari Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Sindiket itu menyasarkan lebih 60 mangsa di Singapura, dengan kerugian berjumlah lebih S$1.3 juta.

Dalam pada itu, Meja Operasi Jenayah Siber Asean memainkan peranan penting dalam membina pertahanan rantau terhadap jenayah siber.

Mengenai pengganasan pula, Dr Faishal berkata platform digital telah memudahkan komunikasi dengan penyokong ISIS dan di Syria dan Iraq. Radikalisasi sendiri, atau 'self-radicalisation', adalah satu lagi ancaman pengganasan utama.

"Baru-baru ini, warga Singapura berusia 29 tahun yang terpengaruh secara sendiri dengan idea radikal telah ditahan pada April 2022.

"Beliau telah mempertimbangkan untuk pergi ke Afghanistan dan menyertai militan Taleban dan juga akan mempertimbangkan untuk melakukan serangan di Singapura jika diarahkan.

"Singapura telah banyak melabur usaha dalam menentang ideologi huluan untuk mencegah ekstremisme radikal, terutamanya di platform dalam talian, daripada berakar dalam kalangan masyarakat kita," ujar Dr Faishal.

Menurut beliau, pengedaran dadah juga semakin meningkat, sejak pandemik.

Pada Mei tahun ini, pihak berkuasa Singapura telah merampas hampir 18 kilogram heroin di pusat pemeriksaan darat yang terbesar dilaporkan sejak 2001. Dengan kelonggaran langkah sempadan, akan ada lebih banyak percubaan pendedaran dadah.

"Kami bimbang dengan peningkatan bilangan negara yang menerima perspektif yang lebih liberal mengenai dadah, terutamanya berkaitan ganja," kata Dr Faishal.

Beliau menggesa semua anggota ASEAN untuk bersatu dalam visi untuk ASEAN bebas dari dadah.

Kerjasama untuk mencegah pengedaran dan penyalahgunaan dadah, selaras dengan konvensyen kawalan dadah antarabangsa dan visi ASEAN yang bebas dadah.

"Ia adalah penting bagi komuniti Asean untuk mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi serantau dan antarabangsa, untuk menangani jenayah rentas negara dan memastikan ia lebih selamat untuk rakyat kita.

Singapura telah banyak melabur usaha dalam menentang ideologi huluan untuk mencegah ekstremisme radikal, terutamanya di platform dalam talian, daripada berakar dalam kalangan masyarakat kita.

Kami bimbang dengan peningkatan bilangan negara yang menerima perspektif yang lebih liberal mengenai dadah, terutamanya berkaitan ganja."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg