Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anggota bomba antara dua dihantar ke hospital lepas kebakaran di Defu Lane

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota bomba antara dua dihantar ke hospital lepas kebakaran di Defu Lane

Apr 03, 2024 | 05:20 PM



Seorang pegawai bomba dibawa ke hospital kerana keletihan haba selepas satu kebakaran di sebuah kawasan perindustrian di Defu Lane pada awal pagi 3 April.

Seorang lagi individu turut dibawa ke Hospital Besar Sengkang (SKGH) akibat kebakaran itu, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook.

SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 30 Defu Lorong 9 itu sekitar 12.20 pagi, lapor The Straits Times (ST).


Kebakaran di Defu Lane itu berlaku selang tiga jam selepas insiden kebakaran di satu lagi kawasan perindustrian di Eunos.

SCDF berkata kebakaran kedua melibatkan kandungan di sebuah bangunan perindustrian dua tingkat.

Sebanyak 19 kenderaan kecemasan dan sekitar 70 anggota dan pegawai bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

SCDF berjaya memadamkan api tersebut dalam dua jam.

Lima orang telah mengosongkan bangunan tersebut sebelum pegawai bomba tiba di tempat kejadian.

Dua orang diperiksa kerana terhidu asap dan seorang daripada mereka dibawa ke Hospital Besar Sengkang (SKH).

Seorang lagi enggan dibawa ke hospital.

Seorang anggota bomba yang mengalami keletihan haba turut dibawa ke SKH “sebagai langkah berjaga-jaga”, menurut SCDF.

Kebakaran pertama di Eunos Avenue 6 berlaku sekitar 9.15 malam pada 2 April.

Kawasan perindustrian itu terletak berhampiran pasar Geylang Serai dan beberapa pusat beli-belah di Paya Lebar.

Video di media sosial menunjukkan api menjulang daripada deretan bangunan dua tingkat di kawasan perindustrian itu, dengan kenderaan SCDF berada di tempat kejadian.

Pegawai bomba mengambil masa sekitar empat jam untuk memadamkan api tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >