SEORANG anggota bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengalami kecederaan semasa memadamkan api di loji besi logam semalam.

Beliau dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat, tetapi kini sudah dikeluarkan, menurut SCDF dalam pos di Facebook.

SCDF dimaklumkan tentang insiden kebakaran tersebut di 6 Sungei Kadut Loop pada 5.05 petang dan api dapat dikawal pada 7.30 malam.

Tiada kecederaan lain dilaporkan.