Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnggota NS SCDF lemas di perigi pam: Staf Sarjan dihukum penjara 1 tahun, 4 minggu
Anggota NS SCDF lemas di perigi pam: Staf Sarjan dihukum penjara 1 tahun, 4 minggu
Pegawai pertama antara lima pegawai SCDF yang dikaitkan sebabkan kematian Koperal Kok Yuen Chin
Anggota NS SCDF lemas di perigi pam: Staf Sarjan dihukum penjara 1 tahun, 4 minggu
MOHAMMAD NUR FATWA MAHMOOD. -
Oct 24, 2018 | 5:30 AM
SEORANG pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang menolak anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) Kok Yuen Chin, 22 tahun, ke dalam sebuah perigi pam sedalam 12 meter dalam kejadian 'ragging' atau menyakat pada Mei lalu, dijatuhi hukuman penjara satu tahun empat minggu selepas mengaku bersalah semalam.
Mohammad Nur Fatwa Mahmood, 33 tahun, berpangkat staf sarjan, mengaku menolak Kok ke dalam perigi itu pada 13 Mei lalu di Balai Bomba Tuas View.