Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anggota Red Lions cedera semasa mendarat

Aug 10, 2022 | 5:30 AM
KEADAAN KINI STABIL: 3WO Heng tidak dapat mendarat dengan betul dan terjatuh di Pentas Terapung Marina Bay sewaktu NDP semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
KEADAAN KINI STABIL: 3WO Heng tidak dapat mendarat dengan betul dan terjatuh di Pentas Terapung Marina Bay sewaktu NDP semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

AHLI terjun payung yang diusung keluar setelah tidak mendarat dengan betul di Pentas Terapung Marina Bay sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) semalam berada dalam keadaan stabil, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Di pos Facebook yang dimuat naiknya sekitar 7.10 malam semalam, Dr Ng berkata:

"Ramai warga Singapura mungkin telah melihat salah satu daripada Red Lions tidak dapat mendarat dengan betul di NDP.

"Keadaan 3WO (Pegawai Waran Ketiga) Jeffrey Heng kini stabil, peka dan sedar, dan beliau sedang menerima rawatan perubatan."

Dr Ng mengharapkan agar beliau cepat sembuh.

Hos NDP Joakim Gomez turut memberi kemaskini tersebut kepada penonton secara langsung di pentas terapung itu, yang menerima berita itu dengan kelegaan.

3WO Heng merupakan yang terakhir dalam kalangan 10 ahli penerjun payung untuk mendarat.

Kejadian tersebut, yang berlaku sekitar 6 petang, menimbulkan keprihatinan dalam kalangan penonton yang bukan sahaja hadir di pentas terapung itu tetapi juga yang menonton perbarisan di rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg