Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anggota WP undur dari parti untuk tumpu pada kerjaya, famili

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota WP undur dari parti untuk tumpu pada kerjaya, famili

Apr 11, 2024 | 07:24 PM



Calon dua kali pilihan raya umum (GE), Encik Terence Tan, yang mewakili Parti Pekerja (WP) di GRC Marine Parade pada 2015 dan GRC East Coast pada 2020, telah mengundurkan diri daripada parti pembangkang itu untuk memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarganya.

Encik Tan, 53 tahun, yang berkahwin dengan Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang daripada WP, Cik He Ting Ru, memberitahu The Straits Times bahawa beliau berundur daripada parti itu pada Januari.


“Saya rasa daripada perspektif sebuah keluarga dengan anak-anak kecil, sumbangan isteri saya sudah mencukupi.

“Saya rasa masa saya lebih baik digunakan untuk menyokong isteri saya, meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak saya, dan mengembangkan kerjaya saya,” kata Encik Tan, yang mempunyai tiga anak lelaki di bawah umur tujuh tahun bersama Cik He.

Encik Tan mula menjadi sukarelawan bersama WP sejurus selepas GE 2011, dan menjadi anggota parti itu pada 2012.

Beliau merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) WP sebagai timbalan setiausaha pengelola dari 2018 hingga 2020.

Dalam penampilan pilihan raya sulungnya pada 2015, Encik Tan bertanding sebagai sebahagian daripada pasukan GRC Marine Parade parti tersebut.

Mereka memperoleh 35.9 peratus undi menentang penyandang pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh menteri ketika itu, Encik Tan Chuan-Jin.

Pada 2020, Encik Tan tampil sebagai sebahagian daripada pasukan WP di GRC East Coast, yang mendapat 46.6 peratus undi menentang pasukan PAP yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk mengundurkan diri daripada WP daripada mengambil peranan sebagai anggota biasa, Encik Tan berkata kegiatan parti mengambil sedikit masanya.

“Saya berpendapat bahawa saya harus aktif dan terlibat sepenuhnya atau tidak langsung. Itu tanggapan saya,” kata beliau.

Encik Tan berkata beliau akan terus menjadi penyokong tegar WP, dan kekal berkawan rapat dengan pemimpin parti itu, setiausaha agungnya, Encik Pritam Singh, dan pengerusi, Cik Sylvia Lim.

Beliau menambah bahawa mereka “menerima keputusan saya dengan sangat baik dan sangat memahami” apabila beliau meletak jawatan daripada WP pada Januari.

Buat masa ini, Encik Tan, yang merupakan seorang pengarah di firma guaman Robertson Chambers, berhasrat memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai peguam litigasi dan meluangkan masa bersama anak-anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >