Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Angkasawan AS tweet gambar memegunkan Singapura dari Stesen Angkasa Antarabangsa

Mar 21, 2016 | 11:47 AM
Gambar Singapura pada waktu malam yang diambil angkasawan Amerika, Tim Kopra, dari Stesen Angkasa Antarabangsa yang mengorbit.
Gambar Singapura pada waktu malam yang diambil angkasawan Amerika, Tim Kopra, dari Stesen Angkasa Antarabangsa yang mengorbit. - @ ASTRO_TIM / TWITTER

BAGAIMANA pemandangan Singapura dari angkasa lepas?

Angkasawan Amerika Syarikat, Tim Kopra, komander Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang sedang mengorbit, menjawab pertanyaan itu apabila beliau tweet pada Sabtu (19 Mac) gambar negara ini yang diambilnya dari stesen itu.

Tweet Encik Kopra - dengan hashtag #CitiesfromSpace - ditweet semula 980 kali, meraih lebih 2,400 like (suka).

Imej malam memegunkan itu menggambarkan Singapura sebagai sebuah rangkaian rumit lampu kuning. Beberapa kawasan besar, termasuk Nature Kawasan Tadahan Simpanan Central, diselubungi kegelapan.

Encik Kopra, 52 tahun, yang mengambil alih perintah ISS pada Disember lalu bagi Expedisi 46 dan 47, turut tweet gambar pemandangan malam Beijing, New Delhi, New York dan Dubai.

Koleksi gambar siang beliau termasuk Rio de Janeiro, Honolulu dan California.

Encik Kopra terlibat dalam pengalaman menakutkan semasa beliau keluar untuk berjalan kaki di angkasa bersama angkasawan British, Tim Peake, pada 15 Jan lalu.

Topi keledar beliau mula bocor dan masuk air hingga perjalanan itu terpaksa disingkatkan kira-kira dua jam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg