Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Antara pusat pengajian tinggi agama Buddha yang dihormati di rantau ini

Julai lalu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengumumkan bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang mengkaji kemungkinan menubuhkan sebuah institut pengajian agama peringkat tinggi untuk melahirkan generasi asatizah baru. Wartawan Berita Minggu, NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg), melawat pusat pengajian tinggi mapan dua agama utama lain di Singapura untuk merakamkan pencapaian dan cabaran yang mereka hadapi mereka sejak ditubuhkan (muka ini dan muka sebelah).
Oct 30, 2016 | 5:30 AM
TENANG DAN SENANG HATI: Naib rektor ehwal akademik Kolej Buddha Singapura, Venerable Chuan Sheng (kiri), berharap pelajarnya akan terus menimba ilmu dan menabur jasa kepada masyarakat di negara masing-masing. (Dua dari kiri) warga Sri Lanka, Velnerable Jing Jue; warga Vietnam, Velnerable Ben De; dan warga China, Velnerable Yuan Xin. - Foto-foto ZAINAL YAHYA
TENANG DAN SENANG HATI: Naib rektor ehwal akademik Kolej Buddha Singapura, Venerable Chuan Sheng (kiri), berharap pelajarnya akan terus menimba ilmu dan menabur jasa kepada masyarakat di negara masing-masing. (Dua dari kiri) warga Sri Lanka, Velnerable Jing Jue; warga Vietnam, Velnerable Ben De; dan warga China, Velnerable Yuan Xin. - Foto-foto ZAINAL YAHYA -

MANTERA yang dilafazkan sekumpulan sami Buddha memecah keheningan dinihari di pekarangan tokong luas di Bishan.

Bak deruman mantap jentera kecil, mantera itu juga bertindak seperti jam loceng, memberitahu penghuni lain di kawasan seluas lebih 10,000 meter persegi itu bahawa hari yang baru telah bermula di Kolej Buddha Singapura (SBC).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg