Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelajar cemerlang dapat anugerah tertinggi

TIDAK JANGKA DAPAT ANUGERAH: (Dari kiri) Pengurus Besar Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HSBC Singapore, Encik Guy Harvey-Samuel, Ain Nabihah Mohd Nizamulmuluk dan Pengerusi STSPMF, Encik Warren Fernandez, dalam majlis penyampaian semalam. - Foto KHALID BABA
Feb 27, 2016 | 5:30 AM
Pelajar cemerlang dapat anugerah tertinggi
PELAJAR yang mencatat agregat 259 dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun lalu, Ain Nabihah Mohd Nizamulmuluk, menerima anugerah wang tunai tertinggi bernilai $1,500 dalam majlis penyampaian Anugerah Akademik Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) semalam.
Anak kedua empat beradik itu adalah antara 10 benefisiari STSPMF yang mendapat hadiah wang tunai antara $800 dengan $1,500 tajaan HSBC Singapore yang dikhususkan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.