Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anugerah baru bagi majikan, pembantu rumah yang saling membantu

Sep 29, 2021 | 5:30 AM
0a871442-3cee-4bf0-b468-456ab9f0f9c4
-

TEMPOH 18 bulan terakhir merupakan waktu yang mencabar bagi pembantu rumah dan majikan mereka, dengan kedua-duanya menghabiskan lebih banyak masa di rumah di tengah-tengah pandemik.

Sebuah anugerah baru diadakan bertujuan memberi tumpuan kepada mereka yang telah berusaha gigih untuk saling membantu satu sama lain dalam menempuh masa-masa sukar.

Anugerah Pembantu Rumah Migran dan Majikan Teladan 2021 akan mengiktiraf pembantu rumah dan majikan mereka yang telah menjalin hubungan erat dan saling menyokong antara satu sama lain.

Dianjurkan Persatuan Pembantu Rumah Asing untuk Sokongan Sosial dan Latihan (Fast), anugerah itu kini dibuka untuk pencalonan dan akan ditutup esok.

Sebuah badan amal tempatan yang disokong Kementerian Tenaga Kerja, Fast menyokong dan menyediakan khidmat sokongan sosial, latihan dan kegiatan seimbang kerja dan kehidupan, untuk pembantu rumah di sini.

Fast dalam kenyataannya kelmarin berkata tempoh pencalonan anugerah dimulakan sejak 17 Julai.

Ia merancang menutup tempoh pencalonan pada 21 September tetapi melanjutkan tarikh akhirnya setelah menerima permintaan untuk melakukan sedemikian.

Pemenang anugerah akan diumumkan di Hari Penghargaan Pembantu Rumah Migran dan Majikan Fast 2021.

Acara itu, yang bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan pembantu rumah kepada Singapura, dijadual berlangsung November ini.

Fast dalam kenyataan itu berkata pembantu rumah migran berdepan pelbagai cabaran semasa pandemik, termasuk sekatan perhimpunan sosial fizikal bersama rakan mereka.

Mereka juga harus bertahan dengan majikan mereka dan anggota lain dalam rumah yang bekerja dari rumah atau menjalani pembelajaran dari rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg