Anugerah Belajar SkillsFuture pertama bagi sektor tenaga dilancar
Premium
Anugerah Belajar SkillsFuture pertama bagi sektor tenaga dilancar
10 anugerah setiap satu bernilai $5,000 ditawarkan kepada warga S'pura pertengahan kerjaya
Oct 26, 2017 | 5:30 AM

-
SEMENJAK beliau mengambil peperiksaan GCE peringkat 'N' pada 1995, Encik Abdul Jamil Muhammad, 47 tahun, bertekad mahu mempertingkat pengetahuan dan kemahirannya.
Teknisyen kanan itu mencuba tiga kali memohon bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma tetapi tidak berhasil kerana tidak memiliki kelayakan GCE peringkat 'O'.

