Raih ganjaran berkat cekal bangun keluarga meski ditinggal suami
Premium
Raih ganjaran berkat cekal bangun keluarga meski ditinggal suami
Oct 25, 2016 | 5:30 AM
ANAK JADI PENDORONG: Ibu dua anak, Cik Ling Bee Sian (tengah), penerima Anugerah Ibu Teladan ke-24 anjuran Jamiyah Singapura, berkata anaknya merupakan sumber inspirasinya agar terus berusaha dan bekerja keras dalam hidup. Beliau kelihatan bersama finalis lain (dari kiri) Cik Tan Siew Suan, Cik Norhayati Yusop, Cik Betty Yu dan Dr Alimah Lob. - Foto SITI AISYAH NORDIN -
HATI wanita mana yang tidak hancur apabila ditinggalkan suami yang juga bapa kepada anak tercinta hanya disebabkan wanita lain.
Mentelah pula, Cik Ling Bee Sian, 63 tahun, telah bertungkus lumus berusaha melunaskan hutang suaminya yang menggunung kerana perjudian.

