Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anugerah khas negara bagi iktiraf individu, kumpulan dalam usaha perangi Covid-19

Aug 22, 2022 | 5:30 AM
9cfae5b3-70db-4d51-8a88-85dc5f696c10
-

SEBAGAI usaha untuk mengiktirafkan pengorbanan dan semangat awam, pemerintah akan menganugerahkan mereka yang terlibat secara langsung dalam usaha negara memerangi Covid-19 dengan anugerah khas negara.

Pingat Ketahanan Covid-19 itu akan dianugerahkan kepada kedua-duanya individu serta pasukan yang telah berusaha untuk memerangi wabak itu.

Semasa ucapan Rapat Hari Kebangsaannya (NDR) semalam, Encik Lee Hsien Loong berkata di tengah-tengah kesuraman pandemik ini, tindakan peribadi yang baik, berani dan prihatin telah membantu menyerlahkan semangat warga Singapura.

"Pekerja penjagaan kesihatan, melalui penjagaan dan profesionalisme mereka memastikan bahawa seluruh Singapura dapat meneruskan aktiviti harian kami dengan selamat.

"Petugas awam, terutamanya yang berada di barisan hadapan, menjalankan banyak operasi yang mencabar, selalunya dalam masa yang singkat," tambahnya sambil memuji syarikat swasta serta NGO dan kumpulan masyarakat yang turut menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Di samping pingat itu, Encik Lee juga mengumumkan bahawa mereka yang telah menghulurkan sumbangan luar biasa akan menerima anugerah negara seperti Pingat Kepujian, Pingat Perkhidmatan Awam dan Pingat Pentadbiran Awam.

Senarai anugerah ini akan diumumkan tahun ini. Majlis anugerah pula akan diadakan tahun hadapan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka secara peribadi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg