Premium
Diiktiraf dek cemerlang akademik, kokurikular
Pelajar bijak urus masa dan utamakan tugas penting
May 28, 2016 | 5:30 AM
SUMBANGAN DIIKTIRAF: Cik Nur Aqeela antara tiga penerima Anugerah Kokurikular (CCA) Lee Kuan Yew 2016 bagi mengiktiraf kepimpinan dan kemahiran organisasi cemerlang selain sumbangan pelajar kepada peningkatan kehidupan di kampus. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN -
CIK Nur Aqeela Noor Hussain, 22 tahun, tidak takut mengikuti jalan yang jarang dilalui.
Meskipun hanya mula berkecimpung dalam sukan judo, yang sering dikaitkan dengan golongan lelaki, sejak sekitar empat tahun dulu, beliau telah menyertai enam pertandingan judo peringkat antara sekolah serta nasional dan memenangi pingat bagi setiap satu.

