Topik diikuti
Pergi ke BHkuSikap rendah hati guru dapat pengiktirafan
Guru Bahasa Melayu sedia fahami pelajar dan bimbing secara holistik
Sikap rendah hati guru dapat pengiktirafan
APABILA mengetahui anak muridnya datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai ibu tunggal, Cik Juliana Johari, 41 tahun, tidak teragak-agak membelikan sepasang baju kurung khas untuk pelajar itu agar dapat menggayakannya pada Hari Raya lalu.
Bagi guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) di Sekolah Rendah Qihua itu, apa yang dilakukannya hanya biasa-biasa sahaja dan bukan sesuatu yang luar biasa.
