Anugerah tertinggi bagi Panglima Pasukan Pertahanan Thailand

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anugerah tertinggi bagi Panglima Pasukan Pertahanan Thailand

Sep 8, 2018 | 5:30 AM

Anugerah tertinggi bagi Panglima Pasukan Pertahanan Thailand

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
IKTIRAF SUMBANGAN: Presiden Halimah Yacob sampaikan anugerah tentera tertinggi Singapura Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) kepada Panglima Pasukan Pertahanan Thailand, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan di Istana semalam. - Foto MINDEF
IKTIRAF SUMBANGAN: Presiden Halimah Yacob sampaikan anugerah tentera tertinggi Singapura Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) kepada Panglima Pasukan Pertahanan Thailand, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan di Istana semalam. - Foto MINDEF -

PRESIDEN Halimah Yacob telah menyampaikan anugerah tentera tertinggi Singapura Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) kepada Panglima Pasukan Pertahanan Thailand, Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan, semalam.

Penyampaian anugerah itu diadakan di Istana, kata satu kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Anugerah tersebut mengiktiraf sumbangan Jeneral Tarnchaiyan kepada usaha meningkatkan hubungan pertahanan antara Angkatan Bersenjata Diraja Thailand (RTARF) dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Di bawah kepimpinannya, kerjasama antara kededua pasukan itu telah meningkat, menerusi latihan dua hala seperti Kocha Singa dan Latihan Flash Thunder, serta latihan pelbagai hala seperti Latihan Cope Tiger and Latihan Cobra Gold, kata Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg