AP PAP diminta hentikan kunjungan rumah ke rumah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP PAP diminta hentikan kunjungan rumah ke rumah

Sep 10, 2021 | 12:27 AM

AP PAP diminta hentikan kunjungan rumah ke rumah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
7955fd57-2501-4cf2-b6f3-20086d300ead
-

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah meminta semua Anggota Parlimennya (AP) supaya menghentikan kunjungan dari rumah ke rumah sedang jumlah jangkitan dalam masyarakat kian meningkat.

Parti tersebut juga telah meminta agar AP mengehadkan kegiatan yang dihadiri secara fizikal dan beberapa AP telah menghentikan sesi bertemu penduduk secara fizikal dan meminta penduduk untuk menghantarkan emel, atau menghubungi mereka melalui telefon atau panggilan video.

Tambahnya: "AP kami akan menggalakkan penduduk supaya menghubungi mereka melalui telefon atau secara dalam talian sebagai cara utama mengelakkan perhimpunan beramai-ramai."

Sebelum ini Kementerian Kesihatan (MOH) juga telah mengingatkan orang ramai supaya mengadakan perhimpunan sosial hanya dengan kumpulan kecil kenalan dan mengehadkan perhimpunan sosial sekali sehari.

Menurut jurucakap PAP, nasihat bagi AP itu selaras dengan panduan yang dikeluarkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg