Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, melawat Berita Harian (BH) pada 25 Februari, di mana beliau diberi taklimat mengenai transformasi bilik berita BH sejak 2023.
Beliau diberi penerangan mengenai bagaimana BH telah mengubah jenama akhbar tersebut untuk memenuhi keperluan perubahan masyarakat Melayu di Singapura.
Sambil mengekalkan fokusnya pada kekuatan teras dalam penyampaian berita kepada masyarakat di peringkat nasional melalui media cetak dan digital, BH kini mempunyai pasukan media sosial khusus yang menghasilkan kandungan untuk pembaca muda serta pasukan audiens dan perkembangan yang berdedikasi.
Lawatan Encik Zhulkarnain, yang juga Pengerusi Bulan Bahasa, adalah sebahagian daripada usaha berterusan BH untuk mengukuhkan perkongsian dan penglibatan dengan pemimpin, agensi dan pertubuhan masyarakat.
Encik Zhulkarnain juga menganggotai dua Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Parti Tindakan Rakyat (PAP), iaitu sebagai Pengerusi Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang, serta seorang anggota bagi Pertahanan dan Ehwal Luar.
Beberapa menteri, AP dan pemimpin masyarakat lain juga telah melawat BH.
Ini termasuk Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad serta Pertubuhan Melayu Islam (MMO) seperti Yayasan Mendaki, Persatuan Ain, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg