Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Apa kata Anggota Parlimen...

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa kata Anggota Parlimen...

Feb 29, 2024 | 07:45 PM



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang)


“Bagaimanakah Singapura dapat memelihara keharmonian kaum dan agama kita dan terus berwaspada terhadap campur tangan asing? Tambahan pula keadaan kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza menimbulkan reaksi keras dalam kalangan ramai rakyat Singapura. Saya yakin ramai rakyat Singapura telah membuat sumbangan besar dalam bentuk wang tunai dan lain-lain. Bagaimana lagi sumbangan Singapura dapat membantu krisis kemanusiaan dalam konflik Israel-Hamas?”

Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio)


“Dengan cabaran global terhadap multilateralisme, apakah pandangan Singapura tentang keberkesanan penyertaan di forum global seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Bagaimanakah pemerintah boleh mendedahkan dan melibatkan rakyat Singapura dengan lebih baik, khususnya belia kita, untuk mempunyai pemahaman lebih baik tentang pendekatan Singapura terhadap dasar luar, dan peranan serta jangkauan pertubuhan pelbagai hala untuk menggerakkan tindakan dan mencipta impak, terutamanya pada zaman yang bergelora?”

Encik Vikram Nair (GRC Sembawang)


“Adalah kepentingan kita untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi menegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan jalur komunikasi laut di Laut Merah kekal terbuka. Singapura menyokong penerimaan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2722 pada 10 Januari 2024, yang mengutuk serangan Houthi sekeras-kerasnya, dan menuntut Houthi menghentikan semua serangan ke atas kapal dagang dan komersial. Memandangkan pergantungan kita pada laluan perdagangan maritim, apa lagi yang Singapura merancang untuk lakukan berhubung isu ini?”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >