Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa kata AP Melayu tentang M³...

Nov 10, 2024 | 4:21 PM
Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.
Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar. - Foto fail

M Kuasa Tiga (M³) telah meraih banyak pencapaian dalam memartabatkan masyarakat Melayu/Islam melalui penggemblengan sukarelawan dan juga perkhidmatan serta program yang disediakan sepanjang lima tahun lalu. Berikut kata-kata Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam tentang rangkaian itu.

“M³ lebih daripada sekadar kerjasama antara tiga agensi ‘M’ (Mesra, Muis, Mendaki) tetapi bukti apa yang boleh dicapai apabila masyarakat, sukarelawan dan agensi bersatu untuk tujuan yang sama – untuk memartabatkan masyarakat. Dengan mendekatkan inisiatif dan sokongan kepada masyarakat, kami telah membantu mengubah kehidupan, mata pencarian dan gaya hidup.”
Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.

“Lebih 800 orang telah tampil untuk bersama kita dalam Saham Kesihatan dan saya rasa kita boleh mengadakan lebih banyak lagi usaha… terutama sekali untuk melakukan pemeriksaan seperti barah umpamanya. Kedua, kita mahu hentikan tabiat merokok, termasuk ‘vaping’. Kita juga mahu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental. Apa yang kita telah capai dalam lima tahun ini adalah amat baik.”
Anggota Parlimen GRC Jalan Besar,  Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

“Kami amat percaya bahawa naratif kami untuk masyarakat kita adalah masyarakat gemilang, yang mana ia bukan sahaja menyokong keluarga berpendapatan rendah, memastikan kita mempunyai keluarga kukuh dan anak-anak mendapat pendidikan, malah dalam setiap spektrum masyarakat kita, sama ada untuk memperkukuh kebolehan matematik anak-anak, atau memberikan kesedaran kepada pelajar kita tentang beberapa industri dan kemahiran  dalam bidang pertumbuhan.”
Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg