SPH Logo mobile
Langgan|

Apa kata PM Wong...

Apa kata PM Wong...

Feb 26, 2026 | 7:03 PM

Apa kata PM Wong...

Lawrence Wong, budget 2026, belanjawan 2026
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong semasa berucap di Parlimen pada 26 Februari. - Foto MDDI

Dalam ucapannya ketika menggulung bahas Belanjawan 2026, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong menyentuh beberapa isu.

Tentang kadar kesuburan

Kadar kesuburan kita yang semakin merosot memang satu kebimbangan serius. Isu ini bukan hanya berlaku di Singapura. Ia sedang berlaku di kebanyakan negara maju dan berpendapatan tinggi. Jadi, kita juga perlu bersikap realistik dan merendah diri, kerana tiada negara yang benar-benar berjaya membalikkan trend penurunan ini secara berterusan. Namun usaha kita tidak akan terhenti. Kita belum berputus asa. Dan kita tidak akan berputus asa. Malah, kita sedang merancang pakej langkah seterusnya untuk memperkukuh sokongan kepada keluarga.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Tentang mobiliti sosial

Kemampuan untuk bergerak ke atas kekal penting dalam kompak sosial kita, kerana di Singapura, titik permulaan anda tidak sepatutnya menentukan kedudukan akhir anda.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Tentang ekonomi Singapura

Kita telah mengharungi ketidakpastian, memelihara kedaulatan dan kemerdekaan, dan muncul lebih kukuh kerana kita kekal sebagai rakyat yang bersatu padu dan bertindak dengan tekad. Dan kita melangkah era baharu ini dengan kekuatan yang besar, ekonomi yang mantap, masyarakat yang padu, dan kewangan awam yang teguh. Ini bukanlah pencapaian yang tidak disengajakan. Ia adalah hasil daripada pilihan sukar yang dibuat selama beberapa dekad oleh generasi-generasi rakyat Singapura.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Tentang membuat keputusan bertanggungjawab

Hakikat bahawa kita berada dalam kedudukan yang lebih baik hari ini berbanding unjuran kita adalah sesuatu yang harus kita semua alu-alukan. Ia berita baik untuk Singapura dan rakyat Singapura. Bayangkan jika kita memilih cara berbeza, jika kita tidak menaikkan GST... dan kemudian keadaan ekonomi tidak menjadi begitu baik. Perbahasan kita hari ini akan sangat berbeza. Kita akan terpinga-pinga bagaimana hendak merapatkan jurang fiskal... Tetapi kerana kita telah membuat keputusan yang sukar namun bertanggungjawab, kerana kita memilih tanggungjawab daripada kemudahan, kita kini berada dalam kedudukan yang kuat.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Tentang harga sewa

Harga sewa pasaran berbeza mengikut jenis hartanah dan lokasi, dan penyewa persendirian mungkin berdepan dengan peningkatan sewa lebih tinggi apabila kontrak mereka diperbaharui, dan kami sedar akan hal ini. Bagi ruang di mana agensi pemerintah bertindak sebagai tuan tanah, seperti Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan ruang perindustrian Perbadanan Bandar Jurong  (JTC), dan mempunyai pengawasan langsung, seperti di pusat makanan, rangka kerja disediakan untuk memastikan sewa adil dan kompetitif dan kami akan terus mengkaji semula dan mengemas kini rangka kerja ini.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg