Aplikasi baru bagi sesi latihan keselamatan jalan raya dilancar
Premium
Aplikasi baru bagi sesi latihan keselamatan jalan raya dilancar
Nov 5, 2016 | 5:30 AM

APLIKASI MUDAH ALIH BARU: Pelajar Sekolah Rendah St Hilda's menunjukkan cara menggunakan aplikasi Road Safety Community Park kepada Dr Faishal Ibrahim (kanan) dengan mengimbas kod QR untuk mendapatkan maklumat tentang keselamatan jalan raya. - Foto JOHARI RAHMAT -
SATU aplikasi mudah alih baru untuk digunakan semasa sesi latihan keselamatan jalan raya di Taman Keselamatan Jalan Raya di East Coast Park dilancarkan semalam.
Mulai Januari tahun depan, Road Safety Community Park Mobile Application itu akan menggantikan bentuk soal jawab fizikal yang digunakan sekarang oleh kanak-kanak semasa menjalani sesi latihan di taman itu.

