Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aplikasi EZ-Link dihentikan pada 8 Jan, diserap dalam aplikasi SimplyGo

Dec 25, 2025 | 2:23 PM
Pengguna aplikasi EZ-Link perlu memuat turun aplikasi SimplyGo, log masuk menggunakan butiran akaun EZ-Link mereka, dan melakukan penyelarasan akaun sekali sahaja.
Pengguna aplikasi EZ-Link perlu memuat turun aplikasi SimplyGo, log masuk menggunakan butiran akaun EZ-Link mereka, dan melakukan penyelarasan akaun sekali sahaja. - Foto SIMPLYGO

Aplikasi EZ-Link, yang lazim digunakan untuk pengangkutan awam, akan dihentikan pada 8 Januari 2026, kerana ciri-cirinya telah diserap ke dalam aplikasi SimplyGo.

Dalam satu e-mel yang dikirimkan kepada pengguna pada 23 Disember, SimplyGo memaklumkan pengguna aplikasi EZ-Link perlu memuat turun aplikasi SimplyGo, log masuk menggunakan butiran akaun EZ-Link mereka, dan melakukan penyelarasan akaun sekali sahaja.

Proses ini membolehkan profil akaun dan kad pengguna dipindahkan ke SimplyGo, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Pengguna yang tidak menyelaraskan akaun EZ-Link mereka ke aplikasi SimplyGo tidak akan mendapati akaun mereka dipadamkan.

Sebaliknya, akaun tersebut akan berada dalam keadaan ‘tidur’ sehingga pengguna membuat penyelarasan.

Menurut laman web SimplyGo, aplikasi EZ-Link telah dihentikan secara berperingkat mulai 10 Disember.

Semua ciri sedia ada dalam aplikasi EZ-Link telah disepadukan ke dalam aplikasi SimplyGo sejak September 2024 bagi menyatukan semua perkhidmatan tiket pengangkutan dan kad perjalanan ke dalam satu platform sahaja.

Pengguna aplikasi SimplyGo boleh menambah nilai kad perjalanan, membuat pembayaran tempatan dan antarabangsa menggunakan Mastercard, serta SGQR menggunakan dompet EZ-Link.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg