Premium
Aplikasi Parking.sg diluaskan untuk semua kenderaan
Dec 20, 2017 | 5:30 AM

MANFAAT APLIKASI: Mula diperkenal untuk kereta sejak 1 Oktober lalu, aplikasi Parking.sg yang dibangun bersama oleh URA, HDB dan GovTech menunjukkan bagaimana teknologi digital boleh digunakan secara praktikal bagi mempermudahkan kehidupan rakyat sejajar dengan pembangunan Negara Bijak. - Foto LIANHE ZAOBAO -
MULAI hari ini penunggang motosikal dan pemandu kenderaan berat akan dapat menggunakan aplikasi Parking.sg bagi melunaskan bayaran bagi menggunakan tempat meletak kereta di semua 1,100 tempat meletak kereta awam yang kini menggunakan kupon kertas.
Dengan itu, Parking.sg yang sebelum ini hanya boleh digunakan oleh pemandu kereta kini boleh digunakan oleh semua kenderaan di Singapura, ujar kenyataan bersama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) semalam.

