Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

App cubaan SIA bagi tempahan ujian Covid-19, daftar masuk

Projek rintis buka laluan bagi perjalanan rentas sempadan tanpa dikenakan SHN, perintah kuarantin lain
Mar 10, 2021 | 5:30 AM
PERMUDAH PERJALANAN: Pas IATA ini boleh digunakan untuk daftar masuk pada pertengahan tahun ini dan dijangka diterapkan dalam app SingaporeAir milik SIA. - Foto SPH
PERMUDAH PERJALANAN: Pas IATA ini boleh digunakan untuk daftar masuk pada pertengahan tahun ini dan dijangka diterapkan dalam app SingaporeAir milik SIA. - Foto SPH -

PENUMPANG pewasat Singapore Airlines (SIA), bermula bulan ini, boleh memeriksa hasil ujian Covid-19 menerusi aplikasi (app) khas yang juga boleh digunakan bagi daftar masuk di Lapangan Terbang Changi.

Jika berjaya, projek rintis ini membuka laluan bagi perjalanan rentas sempadan tanpa dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau perintah kuarantin lain.

App itu dibangunkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bagi membenarkan perjalanan di antara negara lebih mudah semasa pandemik. Ini dilaksana dengan menyepadukan data ujian Covid-19 dengan butiran penerbangan penumpang.

Bermula 15 Mac ini, penumpang SIA akan menggunakan app ini, yang dinamakan Pas Perjalanan IATA dalam tempoh ujian yang berlangsung sehingga 28 Mac.

Ia hanya melibatkan penumpang dalam penerbangan dari Singapura ke London.

Dalam kenyataannya kelmarin, SIA berkata sekiranya berjaya, cara daftar masuk sedemikian boleh dilancarkan di serata dunia.

Malah, fungsi app itu juga boleh diterapkan dalam app sendiri, iaitu SingaporeAir seawal pertengahan tahun ini, kata SIA.

"Pengguna diberikan kawalan penuh terhadap bagaimana maklumat peribadi dikongsi, kerana data disimpan dalam telefon bimbit dan tidak dialihkan kepada pangkalan data pusat.

"Ini penting, kerana data kesihatan amat sensitif," ujar SIA.

Buat masa ini, ada tujuh klinik di Singapura di mana penumpang boleh menempah ujian Covid-19 untuk menyertai projek rintis IATA itu. Kesemuanya boleh dilakukan melalui laman web IATA yang turut memberikan maklumat lain berhubung syarat kemasukan supaya doktor dan penumpang boleh memenuhinya.

Namun, peraturan yang dikenakan pada masa ini bermakna peserta projek rintis ini masih perlu membawa salinan sijil kesihatan yang diberikan klinik ke lapangan terbang .

Projek rintis ini ditawarkan secara sukarela, dengan pengguna telefon bimbit Apple - dengan sistem operasi iOS - diundang memuat turun app itu.

Naib presiden kanan IATA (lapangan terbang, penumpang, kargo dan keselamatan), Encik Nick Careen, berkata ujian itu boleh menempatkan penumpang SIA di hadapan penumpang lain bagi perjalanan rentas negara pada masa depan.

Ujian ini adalah yang kedua dalam ujian bersama SIA dengan IATA.

Disember lalu, penumpan yang mendapatkan ujian Covid-19 di klinik-klinik tertentu di Jakarta, Indonesia, dan Kuala Lumpur, Malaysia diberikan sijil kesihatan yang mengandungi Kod QR.

Kakitangan di lapangan terbang dan pegawai penguasa imigresen di Singapura selanjutnya membuat pengesahan bagi sijil kesihatan itu menggunakan app pada alat bimbit.

Lebih 200 sijil kesihatan telah diberi pengesahan menerusi cara ini, dan tiada sijil palsu dikesan, kata SIA.

Secara berasingan, Singapura juga sedang berusaha memastikan semua klinik yang dibenarkan membuat ujian Covid-19 mengagihkan sijil kesihatan secara digital pada hari ini.

Ini dilakukan menerusi rangka kerja HealthCerts, yang membenarkan sijil digital diiktiraf Kementerian Kesihatan dan digunakan di lapangan terbang di sini dan di luar negeri.

Difahami, GovTech sedang berusaha menjadikan HealtCerts berfungsi dengan pas IATA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg