Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

App OneService digodam tapi butiran pengguna tidak terjejas

Jun 29, 2021 | 5:30 AM
4150af5b-a696-4817-a6c6-4b2f95a0c899
-

PANGKALAN data milik vendor yang terkait dengan aplikasi OneService telah digodam, tetapi pengguna tidak terjejas, kata Pejabat Khidmat Perbandaran (MSO) yang menerbitkan app itu.

Dalam kenyataannya semalam, MSO berkata tiada data yang boleh menyebabkan orang dikenal pasti, termasuk butiran, disimpan dalam pangkalan data itu.

Ia diberitahu pada 19 Jun bahawa vendor Apptitude yang membangunkan aplikasi web dan bimbit terlibat dalam insiden siber.

Penggodam telah menghapuskan data yang dikaitkan dengan notifikiasi yang dihantar bagi app OneService, seperti jenis alat dan pesanan silam.

App tersebut membolehkan pihak awam melaporkan hal perbandaran.

MSO berkata sistem app OneService dan penggunanya tidak terjejas.

Menambah, ia berkata pangkalan data tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna app atau menyamar sebagai MSO atau OneService.

MSO juga berkata ia telah bekerjasama dengan Apptitude untuk menghentikan sistem notifikasi dan melaksanakan langkah tambahan untuk memperkukuh keselamatannya.

"MSO telah melaksanakan langkah pencegahan lain dan akan terus mengawasi sistem bagi ancaman dan kelemahan lain. Siasatan sedang dijalankan untuk mendapat tahu bagaimana insiden ini berlaku," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg