Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Apple belanja AS$250j ubah suai pusat operasi di Ang Mo Kio

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apple belanja AS$250j ubah suai pusat operasi di Ang Mo Kio

Apr 18, 2024 | 06:57 PM



Syarikat Apple akan membelanjakan lebih AS$250 juta ($340 juta) untuk mengubah suai dan meluaskan pusat operasi serantau syarikat itu di Ang Mo Kio.

Dua bangunan yang diperoleh pada 2022, yang terletak di seberang bangunan utamanya di Ang Mo Kio Street 64, akan diubah suai secara besar-besaran untuk menampung keperluan tenaga pekerjanya yang semakin berkembang, kata syarikat teknologi itu dalam satu kenyataan pada 17 April.

The Straits Times (ST) difahamkan bahawa langkah itu akan membolehkan Apple menambah ratusan lagi pekerja peranan baru di Singapura, yang kini menempatkan sekitar 3,600 pekerja di seluruh negara, termasuk di pejabat Fusionopolis di one-north.


Kerja ubah suai tersebut dijadual bermula pada akhir 2024.

“Singapura benar-benar satu tempat unik, dan kami berbangga dengan hubungan yang kami bina dengan masyarakat pencipta, pelajar dan golongan berwawasan yang dinamik ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Encik Tim Cook, dalam kenyataan itu.

“Dengan kampus yang semakin meluas, Apple sedang menulis lembaran baru dalam sejarah di sini,” tambahnya.

Encik Cook yang berada di Singapura pada 18 April, melawat sekolah Cerebral Palsy Alliance Singapore (Cpas) di Pasir Ris, di mana beliau bercakap dengan stesen radio CNA938.

Pada 1981, Apple membuka kemudahan pertamanya di Singapura dengan pasukan agak kecil seramai 72 pekerja yang memberi tumpuan kepada Apple II, versi awal sebuah komputer peribadi (PC).

Kini, Singapura menjadi hab serantau bagi peranan pekerjaan penting dalam perisian, perkakasan, perkhidmatan dan sokongan.

Ia juga menempatkan tiga cawangan Apple Store di Orchard Road, Marina Bay Sands dan pusat beli-belah Jewel di Lapangan Terbang Changi.

Seperti kemudahan Apple yang lain, kampus yang diperluas itu kelak akan beroperasi sepenuhnya dengan tenaga boleh diperbaharui, dengan matlamat meraih pengesahan Emas dalam Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (Leed) yang ditetapkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC).

Leed adalah sistem penarafan bangunan hijau yang digunakan secara meluas di dunia. Ia mempunyai empat tahap pensijilan - disahkan, perak, emas dan platinum.

Pada akhir lawatan beliau ke rantau Asia Tenggara, Encik Cook dijangka bertemu beberapa pemimpin Singapura dalam usaha mencari pasaran pertumbuhan baru dan lokasi pengeluaran produk Apple bagi mengurangkan kesan cabaran yang dihadapi di China, lapor The Business Times (BT).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >